Unit Farmasi Pesakit Dalam menyediakan khidmat
untuk pesakit-pesakit yang dimasukkan ke dalam wad.Sistem pembekalan yang digunakan adalah secara "unit of use".Perkhidmatan
farmasi ini juga merangkumi perkhidmatan membekalkan ubat-ubat "floor stock" kepada unit-unit dalaman iaitu wad-wad.Unit Farmasi
Pesakit Dalam terbahagi kepada 2 unit kecil iaitu :
-
bahagian galenikal
-
bahagian prabungkusan
Kakitangan Unit Farmasi Pesakit Dalam sedang menjalankan
tugas memeriksa troli ubat pesakit yang dihantar oleh wad setiap pagi untuk disemak dan seterusnya pesakit yang tinggal diwad
berkenaan akan dibekalkan ubat oleh pihak farmasi mengikut preskripsi doktor.
Satu lagi perkhidmatan yang dilakukan oleh farmasi pesakit
dalam.Perkhidmatan "bed side-dispensing"(perkhidmatan terus ke katil pesakit).Khidmat ini dilakukan oleh Pegawai Farmasi yang
bertugas dengan menghantar ubat terus kepada pesakit yang "discharge" (dibenarkan pulang) oleh Doktor dan seterusnya
memberi kaunseling ubat-ubatan.
|